LINK: https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA
Hi semua. Kali ini saya nak ulaskan tentang rancangan daripada DBP. Tajuk ini agak menarik kerana saya sendiri merupakan peminat penonton drama Korea. Dalam rancangan ini, DBP telah menjemput Prof. Dr Normaliza untuk mengulaskan Drama Korea: Realiti atau Fantasi. Dalam rancangan tersebut, Prof telah menceritakan pengalaman di Korea serba sedikit. Cemburunya saya sebab sana banyak Oppa-oppa. Prof juga membincangkan review beberapa drama yang telah ditonton beliau.
Saya sendiri sebagai peminat Drama Korea telah menonton lebih dari 100 drama. Bagi saya, drama Korea sangat menarik dan kebanyakan drama Korea memberi pengajaran kepada kita. Drama Korea tidak menfokuskan kepada satu tema sahaja, namun menfokuskan kepada beberapa tema terutama tema kekeluargaan, persahabatan dan lain-lain. Drama yang paling saya minat iaitu "Moon Lover", "Hwarang", "Hospital Playlist","Its okay to be not okay", dan lan-lain. Kebanyakan drama Korea yang saya tonton banyak mengisahkan isu budak sekolah dibuli. Contohnya seperti kes pelajar yang kaya akan membuli pelajar yang lemah dan miskin. Saya juga pernah terbaca yang sebenarnya isu yang terjadi dalam drama Korea betul-betul berlaku, seperti kes buli, kes bunuh diri. Justeru itu, drama Korea juga banyak yang menunjukkan kebudayaan mereka. Kita yang menonton pun akan belajar ilmu baru. Sampaikan saya sendiri buat Kimchi homemade. Hahaha, kan dah terpesong. Kalau bagi yang belum terpengaruh dengan drama korea, saya rekomenkan cerita "Its okay to be not okay". Serius best gila-gila. Baiklah, ini sahaja pada kali ini.
Bukti kehadiran Program
Tiada ulasan:
Catat Ulasan