Khamis, 25 Mac 2021

BBM 3410-2021-MINGGU 1A


Hi. Salam Sejahtera. Nama saya Vivian Chieng Chea Ling. No matrik saya 202967. Saya berumur 22 tahun. Saya pelajar Universiti Putra Malaysia. Saya mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu di  Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. 

Saya berasal dari Sibu, Sarawak. Saya berbangsa Cina-Iban. Saya boleh cakap dalam bahasa Cina Mandarin (yang mudah sahaja), dialek Foochow, bahasa Iban dan bahasa Melayu.  Saya merupakan anak sulung daripada enam adik beradik.  Pada masa lapang, saya akan membaca buku dan menonton drama Korea (walaupun saya telah menonton banyak tetapi saya hanya mengetahui beberapa perkataan sahaja seperti oppa, hyung dan sebagainya). Saya juga suka makan dan mencuba makanan yang baru. Kadang-kadang saya akan memasak mengikut resepi hasil 'Google' walaupun ada kalanya gagal. Tetapi keadaan tersebut tidak menghalang saya mencuba lagi resepi baru. Namun jika resepi tersebut kena pada cita rasa saya, makanan tersebut menjadi kegemaran saya. Ouh ya, saya paling suka mencuba resepi makanan Korea kerana saya kerap menonton drama Korea, jadi saya macam mahu mencuba makanan mereka. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.

4 ulasan:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...