Memaparkan catatan dengan label My Assignment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Assignment. Papar semua catatan

Ahad, 23 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT -DIEZ

 RUJUKAN

NORMALIZA ABD RAHIM. (2019). MULTIMEDIA DALAM BAHASA, SERDANG: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


VIDEO ONE SHOT

Video one shot merupakan merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video one shot tidak memerlukan suntingan kecuali pada akhir video yang yang memerlukan kredit. Penggambaran video one shot memnunjukkan mimik nyanyian individu atau sekumpulan orang dan video one shot mengambil lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih. Dalam video one shot two layer pula diambil dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan yang dilakon mengenai jalan cerita lagu yang dipilih. Dalam video one shot three layer pula terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Lapisan-lapisan tersebut terdiri daripada nyanyian, lakonan dan lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan merangkumi pokok yang bergoyang, kereta yang lalu dan sebagainya. 


Berikut merupakan Video One Shot yang telah dirakam oleh kumpulan DIEZ. Selamat menonton semua...




VIDEO ONE SHOT TWO LAYER






VIDEO ONE SHOT THREE LAYER





Ahad, 16 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

 RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Universiti Putra Malaysia.  


Video Setempat 

Video setempat merupakan video yang diambil dengan keadaan yang tidak berubah tempat atau dikatakan kekal pada satu tempat sahaja. Video setempat tidak memerlukan suntingan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberitahu berita terkini tentangnya. Biasanya video ini mengambil masa dalam empat minit dan jarang menunjukkan gambar perakam. 


Langkah-langkah pengambilan video setempat.

1. Pastikan lokasi pengambilan video mempunyai pencahayaan yang bagus dan dapat dinampak.

2. Lepas tu perakam hanya pilih satu tempat dan kekal di situ sahaja tanpa bergerak kerana video setempat kan. 

3. Lepas itu, telah bersedia untuk rakaman video.


Berikut merupakan video setempat saya. Video tersebut memaparkan saya dan adik-adik saya sedang membuat barbeku di beranda rumah. 


BUKTI KEHADIRAN





Sabtu, 10 April 2021

BBM-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

 BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK

RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

1. Bunting /Banner

Banner atau Bunting merupakan salah satu medium yang digunakan dalam industri pengiklanan. Kedua-dua medium ini boleh dijadikan medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika digunakan dengan betul. Dalam sesebuah pengiklanan yang menggunakan medium Banner atau Bunting, rekaan dengan imej dan warna yang menarik memainkan peranan yang penting dalam menarik audiens untuk melihat atau membaca apa yang tertera pada banner atau bunting tersebut.

Kedua-dua baner dan bunting mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai medium pengiklanan. Yang membezakan kedua-duanya adalah, baner dicetak secara melintang manakala, bunting pula dicerak secara menegak. Banner sesuai digunakan untuk iklan yang bersaiz besar dan kebiasaanya banner akan digantung diantara 2 pokok atau 2 tiang. Bunting pula mempunyai ukuran yang bersaiz lebih kecil dan kebiasaanya digunakan di sekitar booth/gerai jualan. Selain digantung, Bunting juga boleh dipasang menggunakan stand.

 


 


 


Gambar yang disertakan diatas merupakan hasil rekaan banner dan bunting daripada kumpulan Diez yang jelas sekali bertujuan untuk mempromosikan kasut mereka yang terbaru. Dalam banner dan bunting tersebut, Diez memfokuskan kepada keluaran kasut mereka yang kelihatan sangat cantik. Imej grafik kaki dan kasut putih dan latar batu dan langit kebiruan serta hutan yang kehijauan yang digunakan dalam banner dan bunting tersebut menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain. Slogan ‘Run with Diez’ disertakan dalam promosi tersebut untuk memperoleh kebolehpercayaan pelanggan terhadap keluaran kasut Diez ini. Ayat-ayat sokongan seperti harga potongan promosi dan ayat ‘Go Faster, Go Stronger, Never Stop’ pula bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli kasut tersebut.

 

 

2. Pamplet

Pamplet ialah sejenis gambar yang mempunyai tulisan yang menjelaskan huraian gambar tersebut. Pamplet ini juga disebut sebagai risalah dan juga tidak dijilid atau tidak mempunyai muka surat hadapan. Pamplet dilipat kemas dengan cara menggunakan sekeping kertas khusus yang panjang dan saling terhubung satu sama lain. Pamplet juga dipotong setengah atau sepertiga untuk terlihat lebih kecil. Pamplet digunakan untuk memberikan maklumat tentang produk-produk yang dipromosi atau pengenalan untuk sesuatu acara.

 



 

Gambar diatas menunjukkan hasil rekaan pamplet oleh kumpulan Diez yang untuk memberi maklumat tentang produk baru yang dikeluarkan iaitu kasut sukan. Pamplet ini menjelaskan tentang keunikan dan ketahanan kasut tersebut. Kasut sukan terbaru keluaran Diez mempunyai pelbagai spesifikasi menarik untuk dikongsi. Kasut sukan Diez kali ini hadir dengan pelbagai warna seperti merah, putih dan hitam. Warna dan saiz yang disediakan sangat sesuai untuk golongan lelaki atau wanita.Kasut sukan ini juga menampilkan ciri-ciri seperti tapak yang lebih selesa dan lembut. Ini dapat memudahkan pengguna untuk berdiri dengan lebih lama dan dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian tapak kaki. Selain itu, kasut ini juga mempunyai elemen yang fleksibel untuk memudahkan pengguna yang memakainya lebih tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai aktiviti. Misalnya, aktiviti berjoging, mendaki gunung dan sebagainya. Kasut keluaran Diez juga lebih stabil dan mengawal pengerakan. Pengguna juga lebih selamat apabila menggunakan kasut ini.   

 

 

 

3. Poster

Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen  dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk  poster bersifat 2D meliputi bahan yang  dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kepada masyarakat dan di poster iklan tersebut dapat dipertontonkan di tempat menunggu bas dan sebagainya.

 

 

Poster di atas merupakan poster yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran kasut sukan mereka yang baharu. Poster di atas memaparkan teks yang jelas iaitu “Run with Diez” yang merupakan moto utama kumpulan mereka dalam mempromosikan keluaran kasut sukan mereka. Teks slogan “Run with Diez” jelas menunjukkan bahawa kasut tersebut merupakan kasut sukan dan sesuai untuk aktiviti sukan berlari. Poster itu juga memaparkan beberapa teks tambahan yang lain iaitu “Great shoes can take you places” dan “Buy a new pair today”. Teks tambahan ini mampu menarik perhatian orang ramai yang melihat poster iklan ini. Teks yang mempunyai ayat yang menarik dan mampu menambat hati orang ramai yang melihat poster iklan ini untuk membeli kasut tersebut kerana mesej atau maklumat dapat disampaikan dengan jelas. Ilustrasi gambar kasut sukan yang dipaparkan didalam poster itu juga menunjukkan kasut tersebut sangat selesa dan cantik apabila di pakai. Teks “Since 2021” pula menjelaskan bahawa kasut sukan keluaran Diez merupakan koleksi kasut sukan yang dikeluarkan pada tahun 2021. Poster ini jelas ingin mempromosikan iklan tentang kasut sukan keluaran terbaharu oleh kumpulan Diez.

 

 

 

4. Gambar/ foto

Gambar atau foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya. Kebanyakan gambar atau foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Proses dalam mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.

 

 

Gambar di atas merupakan gambar yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran terbaru kasut sukan mereka. Gambar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa produk kasut yang dipromosikan, dan dengan penggunaan warna latarnya yang sesuai dapat menarik minat masyarakat yang memandangnya. Gambar ini juga memaparkan teks yang jelas mesejnya iaitu “Run with Diez” yang turut merupakan moto utama bagi keluaran kasut ini dalam mempromosikan kasut sukan Diez. Moto “Run with Diez” yang bermaksud “Lari bersama Diez” cukup jelas menunjukkan kasut tersebut dicipta untuk aktiviti sukan larian. Gambar ini juga menunjukkan bahawa dua kasut yang berlainan warna yang mana ingin menyatakan Diez mengeluarkan kasut yang berbeza warna bagi memenuhi minat masing-masing. Gambar ini juga memaparkan teks yang berlainan iaitu “Always your choice” yang mana kumpulan Diez ini menyatakan bahawa kasut keluaran Diez semestinya menjadi pilihan pembeli. Gambar dan teks yang sesuai dan menarik mampu membuatkan orang ramai tertarik untuk melihat gambar ini dan membeli produk ini.

 


5. Billboard

Billboard ataupun papan iklan adalah sebuah papan yang berukuran besar yang mengandungi tulisan atau gambar yang bertujuan untuk iklan, penguguman atau promosi. Billboard mengandungi ilustrasi atau slogan yang menarik untuk dibaca supaya orang ramai tahu apa yang ingin disampaikan oleh billboard tersebut. Kebiasaanya, billboard diletakkan di tempat yang tinggi supaya dapat dilihat oleh orang ramai dan seringkali ditemui di sekitar jalan raya. Gambar di bawah menunjukkan hasil rekaan billboard oleh kumpulan Diez yang bertujuan untuk mempromosikan iklan kasut mereka yang terbaru.

 


Billboard di atas memaparkan tentang iklan kasut Diez yang terbaru. Ilustrasi kasut yang digunakan menunjukkan bahawa kumpulan Diez bakal mengeluarkan kasut sukan terbaru yang hadir dengan pelbagai spesifikasi yang menarik. Kasut keluaran terbaru itu hadir dengan pelbagai warna dan mempunyai tapak kasut yang elastik. Kelembutan bahagaian hadapan kasut Diez akan memberi keselesaan kepada pemakai. Kasut Diez juga muat pada kaki pemakai kerana dicipta mengikut bentuk tapak kaki yang sebenar dan pelbagai saiz. Jadi, kesemua para pemakai kasut Diez akan tampil elegan ketika mengayakan kasut ini. Slogan ‘Run With Diez’ menunjukkan bahawa kasut Diez ini akan sentiasa menemani pemakai kerana sifatnya yang elastik, elegan dan tahan lasak memberikannya kesesuaian untuk dipakai di mana sahaja. Sesuailah dengan ayat ‘Providing the best, comfy and elegant partner to stay with you all the time’, kasut Diez akan membekalkan keseronokan, keselesaan dan keanggunan pada pemakainya. Jangan lupa untuk dapatkan kasut terbaru keluar Diez ini!

 

 

 

 

6. Video

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, video merupakan alatan yang digunakan untuk merakamkan dan menayangkan filem. Video juga merupakan sebuah perbuatan memvideokan dan merakamkan sesuatu peristiwa, adegan dan sebagainya dalam media elektronik seperti telefon atau kamera. Secara amnya, Video berasal dari kata bahasa Latin, yang bermaksud Saya lihat. Video ialah teknologi memprosess isyarat elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen. Perkataan "video" biasanya merujuk kepada jenis format pembawa (carrier) sama ada isyarat digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau isyarat analog videotape (VHS, Betamax).

 


Video di atas menunjukkan iklan jenama Diez yang mengeluarkan produk baru iaitu kasut sukan. Video tersebut menjelaskan keunikkan dan kelebihan kasut sukan Diez. Dengan sekali imbas, orang ramai dapat mengetahui bahawa video tersebut adalah berkaitan dengan kasut sukan. Dengan ini, mesej yang terdapat dalam video tersebut dapat difahami dan disampaikan tanpa sebarang kekeliruan. Di samping itu, teks “EASY TO WEAR, LIGHTWEIGHT, DURABLE, COMFORTABLE, STYLIST, dan EASY TO REMOVE” menggambarkan sifat dan kelebihan kasut sukan tersebut. Teks ini dapat menarik perhatian orang ramai kerana saiz dan jenis font yang terpapar dalam video tersebut adalah jelas. Teks slogan “RUN WITH DIEZ” pula dapat meyakinkan lagi orang ramai bahawa kasut sukan tersebut merupakan suatu produk yang baik dan bermutu tinggi serta diserlahkan lagi dengan kesenangan dan keselesaan yang ditunjukkan oleh pemakai. Video tersebut jelas menunjukkan bahawa pemakai berasa selesa dalam segala keadaan dan bentuk muka bumi yang diterokai. Oleh itu, mesej dapat disampaikan dengan baik dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli kasut sukan Diez. Setiap langkah yang dilakukan bersama kasut sukan Diez dapat menyakinkan pemakai dalam mengorak langkah menuju masa depan yang sempurna.

 




BUKU RUJUKAN


Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-TEORI STUBBS

 RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.




Rabu, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE-UP

 BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE-UP


RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang:Universiti Putra Malaysia.


NOTA: Close-up merupakan sesuatu gambar yang diambil dalam jarak yang dekat. Close-up hanya menfokuskan kepada muka seseorang sahaja. Close-up juga boleh dilakukan dalam bentuk video. 


1. Manusia



Seorang bayi yang sedang tersenyum.




Bayi yang sedang tidur lena. 





Seorang gadis yang gembira melihat makanannya sampai. 



Seorang lelaki yang teruja mendengar cerita dari rakannya. 


Seorang gadis yang sedang tersenyum gembira. 



2. Binatang


Seekor anjing yang sedang lapar.



Seekor arnab dalam raganya.



Seekor kucing yang garang. 



Penampakan seekor pepatung di lantai. 



Seekor ulat yang dijumpai di lantai.



3. Bunga atau daun


Campuran warna merah jambu dan putih yang menenangkan jiwa.




Bunga yang tumbuh dengan cantik warnanya dan mekar kelopaknya. 





Bunga kuning yang sangat menenangkan jiwa apabila dipandang. 



Bunga raya yang tumbuh dengan sihat dan cantik. 




Daun yang tumbuh mekar dan lebar.

4. Barang


Beberapa pasang anting.



Susunan novel romantik Melayu. 



Beberapa helai baju.



Beberapa bahan masakan di dapur.




Mi segera yang diminati ramai. 







BUKU RUJUKAN 

BBM3410-2021-MINGGU 3- MUG SHOT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia


NOTA: Mug shot merupakan gambar yang diambil secara dekat dan mug shot hanya menfokuskan kepada muka sahaja. Video tidak sesuai untuk mug shot. Biasanya, mug shot seperti ambil gambar untuk kad pengenalan, kad lesen kereta, dan lain-lain. 


Model: VIVIAN CHIENG CHEA LING 

1.


MUG SHOT
EMOSI: GEMBIRA

HURAIAN: Model dalam gambar tersebut telah berasa sangat gembira. Model tersenyum lebar kerana melihat ragam rakannya ketika gambar ditangkap. 


2.

MUG SHOT
EMOSI : SEDIH

HURAIAN: Model berasa sangat sedih ketika itu. Model berasa sangat sedih kerana pada masa itu model mengenang kisah lalunya. 


3. 


MUG SHOT
EMOSI: TAKUT

HURAIAN: Model berasa sangat takut kerana sedang menonton cerita hantu. Model sedang menonton televisyen bersama ahli keluarga. 




4.

MUG SHOT
EMOSI: GERAM

HURAIAN: Model berasa sangat geram kerana adiknya mengganggu model membuat kerja. Kerja yang masih berlambak tergendala adiknya membuat perangai. 





5.

MUG SHOT
EMOSI: MARAH

HURAIAN: Model menunjukkan reaksi muka yang marah. Model berasa sangat marah apabila makanannya di dalam peti sejuk sudah hilang.



6.

MUG SHOT
EMOSI: TERKEJUT

HURAIAN: Model menunjukkan reaksi terkejut dalam gambar tersebut. Model terkejut dengan jalan cerita Penthouse Season 2 yang sedang ditayangkan. 

7.

MUG SHOT
EMOSI: KETAWA

HURAIAN: Model mula ketawa apabila mendengar cerita rakannya yang lucu. Rakannya sedang menceritakan tentang kisah lucu di Universiti. 






BUKU RUJUKAN



Ahad, 4 April 2021

BBM3410-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-Diez

 BBM3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-INTERNET


1.

ELEMEN      : Keseimbangan

TEMA            : Kesihatan

RUJUKAN    : https://cmnacademy.com/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat/


HURAIAN     : Gambar di atas menunjukkan sebuah poster ‘Gaya Hidup Sihat’ yang mempamerkan pelbagai jenis gambar yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Ruang sebelah atas dan bawah poster tersebut mempunyai teks perkataan yang berkaitan dengan gaya hidup sihat dan kewujudan teks tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang. Ruangan tengah poster tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis gambar telah berjaya memenuhi semua ruang dan sekaligus menjadikan bahagian kiri dan kanan poster tersebut seimbang.


2.

ELEMEN         : Keseimbangan

TEMA             : Ketenangan

RUJUKAN    : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,

https://www.pinterest.com/pin/395964992245130223/


Huraian: Gambar di atas menerangkan tentang pemandangan rumah di atas air berdekatan hutan pergunungan. Terdapat sebuah tasik yang luas dengan rumah di atas air di sebelah kanan gambar. Terdapat juga hutan gunung yang berwarna hijau berdekatan rumah tersebut. Pada sebelah atas gambar, terdapat sebuah gunung yang diliputi kabus tebal. Warna cerah kabus tebal pada gunung memberi keseimbangan dengan warna gelap yang tedapat pada air tasik dan hutan gunung itu. 




3.

ELEMEN: KESEIMBANGAN

TEMA: MAKANAN

RUJUKAN: (2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Lensamars.com website: https://lensamars.com/blog/wpcontent/uploads/2019/07/promo_small7261537527473.jpg


HURAIAN: Gambar di atas menggunakan elemen keseimbangan. Jika dilihat secara keseluruhannya, gambar tersebut kelihatan seimbang sama ad dari sudut kiri dan kanan serta atas dan bawah. Gambar makanan yang diletakkan di kedua-dua tempat kiri dan kanan membuatkan kedua-dua kawasan tersebut kelihatan seimbang. Penggunaan teks dan gambar makanan yang bersaiz sedikit kecil di bahagian atas dan gambar makanan yang besar di bahagian bawah membuatkan gambar tersebut lebih seimbang.




4.

ELEMEN : Keseimbangan

TEMA : Permandangan

RUJUKAN : (2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada twitter azim nazhan (hansvii_) website: https://twitter.com/hansvii_/status/1374191140405088261?s=19

HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan jambatan Pulau Pinang yang berlatar belakangkan panorama matahari terbenam. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang begitu kuat. Hal ini demikian kerana kedudukan matahari yang hampir terbenam itu berada tepat ditengah belahan jambatan tersebut. Panjang jambatan dibahagian kiri dan kanan gambar juga sama dan seimbang.


5.
 

ELEMEN           : Keseimbangan

TEMA                  : Promosi

RUJUKAN         : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=puma+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiambWa4N_vAhUQCLcAHZLgAaIQ2-cCegQIABAA&oq=puma+promo&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADIGCAAQCBAeMgYIABAIEB4yBggAEAgQHjoECAAQQzoHCAAQsQMQQzoKCAAQsQMQgwEQQ1Da0wNYvOEDYPj2A2gAcAB4AIABkQKIAd4HkgEFMi4yLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=jSdnYNqeOJCQ3LUPksGHkAo#imgrc=pm8HWt-_0SKuqM


Huraian          : Gambar di atas menunjukkan jenama PUMA sedang mempromosikan barangnya iaitu kasut potongan sebanyak 50%. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen keseimbangan kerana kedudukan susunan kasut-kasut di sebelah kiri menunjukkan ruang kiri gambar berat jika dibandingkan dengan ruang kanan gambar yang hanya mempunyai teks.



6.

ELEMEN      : KESEIMBANGAN

TEMA            : PRODUK KECANTIKAN

RUJUKAN    : Oliur. (2014, July 5). 31 REALLY CLEVER AND CREATIVE PRINT ADS. Retrieved from ULTRALINX: http://theultralinx.com/2014/07/31-clever-creative-print-ads/?epik=dj0yJnU9eGdXZVlBRGFDMFRVSHdLNE5xNDNoSUtLWGNBMDA4SFAmcD0wJm49Ty1DUGFaZU1DT0tKMElrcGVHMUhPdyZ0PUFBQUFBR0JuRUpn


HURAIAN     : Gambar grafik diatas menunjukkan elemen keseimbangan yang sangat baik. Ruang dalam foto menunjukkan berat yang sama. Keseimbangan ini dapat menyampaikan mesej penyunting kepada audiens dengan baik. Daripada gambar di atas, audiens faham bahawa penyunting sedang mempromosikan produk Nivea. 


7.

ELEMEN: Keseimbangan

TEMA: Kecantikan

RUJUKAN: Fairnan Suharnoto. (2014). Retrieved from 2nd April,2021. From https://www.behance.net/gallery/13867025/Nivea-For-Men


Huraian: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat produk kecantikan iaitu pencuci muka untuk lelaki. Lelaki pada zaman sekarang juga pandai menjaga muka dan ia bermaksud produk kecantikan pada masa ini tidak hanya terhad kepada gunaan wanita sahaja.  Jenama produk tersebut ialah NIVEA. Produk tersebut mudah didapati di Guardian dan Watson.  


8.

ELEMEN  : KESEIMBANGAN

TEMA: PEMANDANGAN

RUJUKAN: Internet, Pinterest. Diakses pada 2 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/10414642877151851/


HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan yang diambil dari belakang dua orang pasangan. Terdapat langit, kabus dan sedikit awan di ruang paling atas gambar. Selain itu, terdapat gunung-ganang di bawah langit manakala di bahagian tengah terdapat lautan biru yang sangat luas. Akhir sekali, di ruang paling bawah terdapat pasangan yang berdiri di Kawasan hujung jurang. Warna-warna yang terdapat dalam gambar di atas juga menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang. 


9.

ELEMEN : Keseimbangan

TEMA : Tumbuh-tumbuhan

RUJUKAN :Internet, Walpapertip. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/D5z3Bt3DAvHmG7RMA


HURAIAN : Gambar ini menunjukkan permandangan di waktu pagi. Ruang di sebelah kiri dan kanan terdapat pokok-pokok besar yang seimbang antara satu sama lain. Manakala, di bahagian atas dihiasi dengan awan dan di bahagian bawah terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Ini menunjukkan grafik sama berat dan seimbang di semua ruang.



10.

ELEMEN: Keseimbangan

RUJUKAN: Pemandangan

SUMBER: (2021). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CKK-ltYsKhd/?igshid=ts2j8ohwqhk7


HURAIAN: Gambar di atas menunjukkan ruang yang seimbang. Jumlah pokok yang terdapat di ruang sebelah kiri dan ruang di sebelah kanan adalah sama banyak dan teratur. Hal ini telah menjelaskan bahawa berat diantara ruang di sebelah kanan dan kiri adalah sama. Manakala, ruang di sebelah atas dan di sebelah bawah gambar juga sama berat. Di ruang sebelah atas menunjukkan langit yang berkabus, manakala ruang di sebelah bawah pula menunjukkan hamparan padang rumput yang menghijau.




BBM3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-GAMBAR SENDIRI


1.

ELEMEN        : Keseimbangan

TEMA             : Makanan

RUJUKAN     : Gambar sendiri

HURAIAN     : Gambar di atas menunjukkan gambar makanan yang diambil disebalik pemandangan sawah padi. Ruang sebelah atas gambar tersebut dipenuhi dengan kepulan awan yang membiru manakala ruang sebelah bawah pula dihiasi dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Kedua-dua ruangan atas dan bawah gambar tersebut yang dipenuhi dengan awan biru dan sawah padi menjadikan gambar tersebut seimbang. Malahan, keseimbangan yang dipamerkan berdasarkan latar belakang tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan sangat mendamaikan


2.


ELEMEN            : Keseimbangan

TEMA                : Ketenangan

RUJUKAN        : Gambar sendiri

HURAIAN    : Gambar di atas merupakan gambar pemandangan suatu tempat yang mempunyai gunung dan kawasan lapang.  Pada kawasan bawah gambar merupakan padang rumput yang kehijauan. Terdapat juga pagar di sepanjang padang rumput tersebut. Terdapat juga gunung yang tinggi berwarna hijau. Pada bahagian atas gambar pula ialah langit yang berwarna biru bersama kepulan awan putih yang cantik. Pemandangan kawasan padang rumput bersama gunung yang berwarna hijau memberi keseimbangan kepada langit dan awan yang berwarna biru cerah. 


3.

ELEMEN: KESEIMBANGAN

TEMA: PERSAHABATAN

RUJUKAN: GAMBAR SENDIRI

HURAIAN: Gambar di atas membawa tema persahabatan dengan menggunakan elemen asas keseimbangan dalam mempamerkan gambar tersebut.  Kedudukan dua sahabat yang berada di tengah gambar itu dengan latar belakang bangunan serta pokok di bahagian tengah menunjukkan keseimbangan yang baik. Penggunaan warna kontras iaitu warna hijau di atas dan kuning di bawah menyerlahkan lagi keseimbangan gambar tersebut. Di bahagian kiri dan kanan pula kelihatan seimbang dengan kehadiran tumbuhan berwarna hijau di kedua-dua bahagian tersebut.


4.

ELEMEN: Keseimbangan

TEMA: Kegembiraan

RUJUKAN: Gambar Sendiri

HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis yang berdiri di hadapan tangga Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang jelas. Hal ini demikian kerana gambar yang diambil adalah seimbang di kedua-dua bahagian. Jarak tangga di bahagian kiri dan kanan juga sepadan.


5.

ELEMEN           : Keseimbangan

TEMA                  : Pemandangan

RUJUKAN         : Gambar sendiri

HURAIAN          : Gambar di atas menunjukkan waktu senja di sebuah kota. Seperti yang dilihat, langit yang mempunyai tiga lapisan warna dan kelihatan awan-awan serta bangunan-bangunan bercahaya lampunya menunjukkan hari sudah mula gelap. Gambar ini menunjukkan elemen keseimbangan kerana pada bahagian atas, warna agak cerah jika dibandingkan bahagian bawah gambar yang warnanya agak gelap. Keseimbangan cerah dan gelap dapat menggambarkan sebuah kota waktu senja.


6.

ELEMEN      : KESEIMBANGAN

TEMA            : TUMBUHAN

RUJUKAN    : GAMBAR SENDIRI

HURAIAN     : Gambar yang dilampirkan di atas menunjukkan sebuah tumbuhan yang diletakkan dalam sebuah pasu. Daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa ruangan atas, bawah dan tepi foto adalah sama berat. Dengan melihat gambar ini, audiens dapat  memahami bahawa penyunting sedang menunjukkan sejenis tumbuhan di dalam pasu. Gambar dengan keseimbangan yang baik dapat membantu dalam menyampaikan mesej penyunting kepada audiens. 

7.

ELEMEN : Keseimbangan

TEMA: Pemandangan

RUJUKAN: Gambar sendiri

HURAIAN: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat gambar tersebut menunjukkan suasana pada waktu petang. Apabila melihat gambar tersebut, kita dapat merasakan kita sudah hampir sampai hari penutup pada hari tersebut. Perasaan kita melihat pemandangan tersebut kita akan berasa tenang. Pada masa yang sama, kita akan tidak sabar untuk menanti hari esok. 

8.

ELEMEN  : KESEIMBANGAN

TEMA: PEMANDANGAN

RUJUKAN: GAMBAR SENDIRI

HURAIAN : Gambar di atas menunjukan gambar pemandangan semasa meaniki ‘cable car’ di Pulau Langkawi, Kedah. Ruang sebelah atas terdapat langit biru berserta awan putih yang memenuhi langit. Selain itu, di ruang tengah gambar tedapat lautan biru muda dan terdapat pulau-pulau kecil yang sangat cantik jika dilihat dari atas. Ruang yang paling bawah terdapat bukit-bukit dan hutan yang dilihat bersambung jika dilihat dari atas dan tepi. Oleh itu, jelas sekali langit biru seimbang dengan bukit dan hutan yang berwarna hijau. 

9.

ELEMEN :Keseimbangan

TEMA: Ketenangan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan waktu senja di tepi laut. Ruang di sebelah kiri gambar tersebut mempunyai pohon yang dipenuh daun yang seimbang dengan pokok di sebelah kanan. Manakala, pantulan cahaya matahari yang sedang terbenam di sebalik awan dan ruang bawah dipenuhi air laut. Ini menunjukkan terdapat keseimbangan yang baik dalam gambar tersebut dan dapat disampaikan dengan baik.




10.

ELEMEN: Keseimbangan

TEMA: Pemandangan

SUMBER: Gambar Sendiri

HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan bangunan di tengah-tengah gambar. Hal ini menyebabkan ruang di sebelah kanan dan ruang di sebelah kiri adalah seimbang. Hal ini telah menyebabkan berat di ruang sebelah kanan dan runag di sebelah kiri adalah sama. Manakala, di sebelah atas bangunan terdapat awan yang luas berwarna biru dan di sebelah bawah pula terdapat jalan raya beserta objek yang sekaligus menampakkan gambar tersebut seimbang dari segala sudut.



Carta organisasi Elemen Keseimbangan

Ketua : Anis 203012

Penolong : Hapizah 203936

Editor : Adilla 201848

Penolong Editor 1 :  Adreana 204113

Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 3 : Vivian 202967

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...