KREDIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
LINK: https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o
Hi semua. Selamat petang dan pada hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang Sembang Tamu: Dilema Pengembara yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka . Topik yang sangat menarik kan!!! Sebab semua suka mengembara ke dalam negara dan luar negara. Kali ini tetamu jemputan Sembang Tamu merupakan Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Dr Aliaa telah berkongsi pengalaman beliau ke menjelajah ke 21 buah negara. Wow, alangkah seronoknya dapat pergi ke negara orang. Itu merupakan pengalaman yang sudah pastinya tidak dapat dilupakan. Dari Sembang Tamu, Dr. Aliaa ada berkongsi tentang maksud pengembara. Di samping itu, Dr Aliaa juga berkongsi tentang tips ketika mengembara. Yang pertama, mengkaji tempat yang dituju. Kedua, membawa ubat sendiri atau secukupnya. Ketiga, jangan malu bertanya kepada orang sekeliling.... dan terdapat beberapa lagi tips lagi Dr Aliaa, ingin tahu lebih lanjut, tontonlah youtube yang disertakan link di atas ya. Anda pasti tidak membuang masa menontonnya malah mendapat ilmu baru. Menurut pengalaman saya sendiri pula, saya pernah mengembara ke Sabah dengan kawan-kawan saya pada umur 19 tahun. Cuma kami bertiga sahaja masa itu. Kami bertiga dari takut jadi berani di negeri orang lain. Tips yang diberi Dr. Aliaa memang sangat berguna ketika mengembara ke tempat lain. Percutian tersebut memang merupakan pengalaman yang paling indah dan tidak dapat dilupakan. Jika ada rezeki , sudah pasti saya akan kembali ke Sabah lagi kerana tidak cukup sekali sahaja untuk ke negeri Sabah. Lepas ni saya nak simpan hajat untuk mengembara di semenanjung Malaysia. Semoga semua ini dapat dicapai ya. Kita pusing-pusing dulu di Malaysia baru ke luar negara. Sekian sahaja pada hari ini. Terima kasih semua yang sanggup meluangkan masa untuk membaca blog ini ya. Sayang semua. 💗😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan