RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus
1. BILANGAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF, KATA TANYA , KATA NAMA, KATA GANTI NAMA, KATA SENDI DAN KATA ARAHAN
Kata/ Cerita Sosial |
Cerita Sosial 1: Nenek dan datuk |
Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa |
Cerita Sosial 3: Keluarga saya |
Cerita Sosial 4: Hati |
Cerita Sosial 5: Jiran |
Kata Nama |
Alim - 46 Nenek dan datuk- 14 Ibu- 3 Bapa- 3 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Melaka- 1 Reban- 7 Ayam dan itik- 10 Kampung- 5 Rumah- 5 |
Alim - 30 Ibu- 14 Bapa- 7 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Sulaiman- 12 Jiran- 2 Rumah- 5 Buah-buahan - 5 Buah rambutan- 2 Buah manggis- 4 Buah duku- 1 Buah langsat- 1 Buah durian - 1 Pasar tani- 1 |
Alim - 43 Ibu- 16 Bapa- 6 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 4 Jiran- 2 Rumah- 5 Keluarga- 7 |
Alim - 40 Nenek- 1 Ibu-10 Bapa- 1 Kak Madinah- 1 Abang Imran- 1 Aisyah- 1 Guru besar- 1 Rakan- 6 Sekolah 5 Jiran - 1 Kek cawan- 5 Sayur bayam- 1 |
Alim - 36 Ibu- 5 Bapa- 2 Kak Madinah- 4 Abang Imran- 6 Aisyah- 4 Sulaiman- 7 Klinik- 1 Jiran- 3 Buku- 10 |
Kata Ganti Nama |
Mereka- 3 |
Dia- 2 Kita- 4 Kamu- 1 -nya - 4 |
Dia- 2 Saya- 9 Kami- 1 Mereka- 2 -nya - 1 |
Tiada |
Dia- 3 Saya- 1 Kamu- 1 Mereka- 5 -nya - 1 |
Kata Adjektif |
Hairan- 1 Keliru- 1 Marah - 1 Sedih- 3 |
Sedih- 3 Tersenyum- 2 Gemar- 1 Baik- 8 |
Ketawa- 1 Tersenyum- 5 Baik- 1 Sayang- 3 Rindu- 2 Penyayang- 1 Rajin- 2 Tersengih- 1 Sabar- 1 |
Tersenyum- 1 Rajin- 1 Pandai- 5 Bangga- 1 Suka- 1 Baik hati- 1 |
Sedih- 2 Tersenyum- 1 Gembira- 1 Suka - 1 Pemurah- 2 Sakit- 3 Kaku- 1 Sembuh- 2 Sihat- 2 |
Kata Kerja |
Pulang- 1 Bermain- 1 Mengeluarkan- 1 Menangis- 8 Mengangkat- 1 Berjalan- 1 Berdiri- 1 Menonton- 2 Menolong- 1 |
Menolong- 1 Membawa- 1 Membeli- 3 Panggil- 1 Melompat-lompat - 1 Berkongsi - 4 Mengasingkan- 1 Mengambil- 1 Memberikan- 1 Menyapu- 1 Memandang- 1 |
Bermain- 1 Berjalan- 1 Menolong- 6 Mengutip- 1 Mengemas- 1 Menyimpan- 1 Menyapu- 2 Memegang- 2 Memujuk- 1 Belajar- 2 |
Membawa- 3 Berkongsi- 2 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Belajar- 1 Beritahu- 1 Mengusap-usap - 1 Memakai- 1 Mengajar- 3 Membeli-3 Membayar-2 Duduk-1 |
Menangis- 2 Membawa- 1 Berkongsi- 3 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Menyusun- 2 Membaca- 2 Melambai-lambai - 1 |
Kata Sendi |
Ke - 6 Di - 16 Untuk - 2 Dari - 3 Kepada - 1 Daripada - 1 |
Ke - 9 Di - 2 Dari - 2 Kepada - 4 Pada - 1 |
Ke - 7 Di - 6 Untuk - 9 Kepada - 2 |
Ke - 6 Di - 5 Untuk - 9 Kepada - 2 Daripada - 1 Pada - 1 |
Ke - 3 Di - 3 Kepada - 1 Pada - 1 Tentang - 1 |
Kata Arahan |
Tiada |
Mari - 1 Jangan - 1 |
Mari - 1 Tolong - 1 |
Tiada |
Tiada |
Kata Tanya |
Kenapa - 1 Apa - 1 Di mana - 1 |
Kenapa - 1 Di mana - 1 |
Bagaimana - 3 Apa - 1 |
Kenapa - 1 |
Kenapa - 1 |
2. PERBANDINGAN ANTARA 5 CERITA SOSIAL
CERITA
SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK
LATAR MASA |
LATAR TEMPAT |
LATAR MASYARAKAT |
WATAK PERWATAKAN |
SINOPSIS CERITA |
·
30 minit perjalanan
pulang ke kampung. |
·
Reban ayam
(Tempat Alim bermain dengan ayam dan itik peliharaan
datuk dan nenek)
·
Ruang tamu rumah
datuk dan nenek
(Tempat Alim dan adik beradiknya yang lain menonton
televisyen)
·
Kereta
(Tempat ayah, kak Madinah, abang Imran, mengambil beg
dan Aisyah mencari mainannya)
·
Dapur
(Tempat Alim dan adik beradiknya bergelak ketawa)
|
·
Masyarakat yang
penyayang dan berkasih sayang
·
Masyarakat yang
bertanggungjawab
·
Masyarakat yang
tinggal di Kampung.
·
Masyarakat yang
berkeluarga
|
·
Alim - Merupakan seorang kanak-kanak yang penyayang yang sangat sayang akan
keluarganya dan juga haiwan peliharaan atuk dan neneknya iaitu ayam dan itik.
·
Ibu - Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, seperti
Alim, ibu juga merupakan seorang yang penyayang, lemah lembut dan mempunyai
nilai keibuan yang tinggi. Ibu sangat sayang akan anak-anak serta
keluarganya.
·
Ayah - Merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab
terhadap keluarganya. Ayah juga merupakan seseorang yang sangat menekankan
nilai kekeluargaan yang tinggi.
·
Abang Imran - Merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut. Imran
merupakan abang yang bertanggungjawab terhadap adik beradiknya.
·
Kak Madinah - Merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik
tersebut. Madinah merupakan seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya dan adik-beradiknya
·
Aisyah - Merupakan anak bongsu dalam keluarga. Namun begitu
aisyah merupakan seseorang yang sangat bertolak ansur.
·
Nenek - Merupakan seorang yang sangat lemah lembut dan penyayang
terhadap anak dan cucunya.
·
Datuk - Merupakan seorang yang penyayang terhadap anak dan
juga cucunya. |
·
Cerita sosial 1
iaitu nenek dan datuk mengisahkan tentang Alim dan keluarganya yang pulang ke
kampung halaman mereka yang terletak di Kajang, Selangor. Alim sangat teruja
dengan perjalanan pulang ke Kampung ini kerana dia tidak sabar untuk bermain
dengan itik dan ayam peliharaan datuk dan neneknya kerana Alim merupakan
seorang yang sukakan haiwan. Setibanya di Kampung selepas 30 minit
perjalanan, kegembiraan Alim berubah apabila dia mendapati reban ayam dan
itik itu sudah tiada. Alim merasa begitu sedih sehingga dia tidak dapat
menyorokkan kekecewaannya itu. Alim kemudiannya menangis teresak-esak. Nenek
yang sedari akan kejadian itu, kemudiannya menenangkan alim dan memujuknya
dengan memimpin tangan Alim dan mereka menuju ke suatu tempat. Tempat
tersebut merupakan reban ayam dan itik yang baru. Ayam dan itik yang
disangkakan telah hilang oleh Alim, rupanya telah dipindahkan oleh datuk dan
nenek ke reban yang baru. Emosi Alim daripada sedih terus berbah menjadi
gembira. Kegembiraan Alim kemudiannya dapat dilihat apabila dia bergelak
ketawa Bersama adik beradiknya di dapur. |
CERITA SOSIAL 2: SAYA
YANG ISTIMEWA
LATAR MASA |
LATAR TEMPAT |
LATAR MASYARAKAT |
WATAK PERWATAKAN |
SINOPSIS CERITA |
Pada hari Ahad yang lalu, … - Bapa membeli buah-buahan di pasar tani pada hari Ahad yang lalu. |
1.Pasar tani : Bapa membeli buah-buahan dari pasar tani
pada hari Ahad yang lalu.
2. Rumah : Bapa menyuruh Abang Imran memanggil Kak
Madinah, Alim, Aisyah dan ibu untuk makan buah-buahan bersama-sama.
3. Rumah Sulaiman : Alim pergi ke rumah Sulaiman untuk
berkongsi buah-buahan yang dibeli bapa. |
1. Masyarakat yang suka berkongsi
2. Masyarakat yang bertanggungjawab
3. Masyarakat yang penyayang
4. Masyarakat yang mementingkan kebersihan |
1. Alim : Seorang kanak-kanak yang sayangkan
keluarganya dan suka berkongsi sesuatu dengan semua orang.
2. Bapa: Seorang yang bertanggungjawab dan sayang akan
keluarganya.
3. Ibu: Seorang wanita yang baik hati, penyayang dan
pembersih.
4. Abang Imran: Seorang abang yang bertanggunjawab dan sentiasa
menjaga adik-adiknya dengan baik.
5. Sulaiman: Seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan
rumah Alim, dan merupakan kawan baik Alim.
6. Mak Cik Timah: Ibu kepada Sulaiman dan seorang yang
penyayang dan baik hati. |
Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang seorang
kanak-kanak yang bernama Alim. Alim suka berkongsi apa sahaja yang
dimilikinya dengan orang lain kerana dia belajar yang berkongsi itu adalah
perkara yang baik. Pada hari Ahad yang lalu, bapa membeli buah-buahan dari
pasar tani untuk dimakan bersama di rumah. Ketika sedang makan bersama, Alim
meminta izin dari ibu untuk memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu
membenarkan Alim untuk berkongsi buah-buahan kerana sifat berkongsi adalah
sifat yang baik. Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah memberi buah-buahan
kepada Sulaiman, Ali terserempak dengan Mak Cik Timah (ibu Sulaiman). Mak Cik
Timah memuji sikap Alim yang baik hati dan suka berkongsi dengan orang lain.
Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan tersebut
kepada Sulaiman. Alim pulang ke rumah dengan rasa gembira kerana dia dapat
berkongsi rezeki dengan orang lain. |
CERITA SOSIAL 3: KELUARGA
LATAR
MASA |
LATAR
TEMPAT |
LATAR
MASYARAKAT |
WATAK
PERWATAKAN |
SINOPSIS
CERITA
|
1. Setiap hari, adik-beradik
Alim akan menolong untuk membuat kerja rumah
2. Setiap hari, Alim
cubamemahami kerja seharian di rumah. |
1. Rumah: Tempat tinggal
Alim dan keluarganya
2. Dapur: Tempat untuk makan
dan memasak Alim dan keluarganya. |
1. Masyarakat yang rajin
2.Masyarakat yang saling
tolong-menolong
3.Masyarakat yang bersabar
4.Masyarakat yang penyayang
|
1. ALIM Seorang kanak-kanak yang
berusia 9 tahun, periang, baik hati, suka menolong ibu bapa dan sayang akan
keluarganya.
2. BAPA Bapa bernama Ismail, seorang
yang bertanggujawab dalam mendidik anak-anak dan penyayang.
3. IBU Ibu bernama Kamilah, seorang
yang lemah-lembut, sopan-santun dan penyayang akan keluarganya.
4. ABANG Abang bernama Imran,
merupakan anak sulung, sangat bertanggujawab dan saling tolong-menolong.
5. KAKAK Kakak bernama Madinah,
rajin, selalu mengajar Alim untuk mengemas rumah, baik hati dan rajin.
6. ADIK PEREMPUAN Adik perempuan yang bernama
Aisyah dan seorang periang. |
Cerita Sosial 3 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang
bernama Alim dan keluarganya. Alim sangat sayang akan keluarganya. Pada
setiap hari, Alim dan adik-beradiknya akan menolong ibu bapa untuk mengemas
rumah. Abang dan kakak mengajar Alim untuk menyapu sampah dengan betul.
Kadang-kala, Alim gagal untuk menggunakan penyapu dengan betul dan
menyebabkan dia berasa sedih. Akhirnya, Ibu mengajar Alim dengan betul.
Setiap hari, Alim cuba memahami kerja mengemas rumah dan belajar bersabar
serta menjadi rajin. Kini, Alim pandai mengemas rumah dan dia sangat
sayangkan keluarganya. |
CERITA SOSIAL 4: HATI
LATAR MASA |
LATAR TEMPAT |
LATAR MASYARAKAT |
WATAK PERWATAKAN |
SINOPSIS CERITA |
1. Semalam, ibu
beritahu hari ini hari lahir Alim.
2. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri.
3. Hari ini hari lahir Alim
4. Minggu lepas Cikgu Anis membawa Alim dan rakan-rakan
ke pasar tani. |
1. Sekolah: Tempat belajar bagi Alim dan rakan-rakan,
serta tempat kerja bagi cikgu Anis dan guru-guru lain.
2. Kelas: Tempat Alim dan rakan-rakan belajar.
3. Pasar tani: Tempat Alim, rakan-rakan dan cikgu Anis
melawat yang menjual sayur-sayuran dan makanan laut.
|
1. Masyarakat yang berkongsi
2. Masyarakat yang baik hati
3. Masyarakat
yang hormat menghormati
4. Masyarakat yang berterima kasih
5. Masyarakat yang berkasih sayang
|
1. Alim Seorang kanak-kanak yang baik hati, ceria, sayang akan
keluarganya dan bercita-cita tinggi.
2. Ibu Seorang wanita yang baik hati, lemah lembut, penyayang
dan bertanggungjawab.
3. Bapa Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang akan
keluarganya.
4. Cikgu Anis Seorang guru
yang baik hati, penyayang dan prihatin.
|
Cerita Sosial 4 ini mengisahkan tentang seorang
kanak-kanak yang bernama Alim. Hari ini merupakan hari lahir Alim. Semalam,
ibu sudah memaklumkan kepada Alim bahawa hari ini hari lahir Alim. Sebelum ke
sekolah, Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak
Madinah dan Aisyah. Ibu bangga dengan Alim kerana Alim sudah pandai dan boleh
menjaga diri sendiri. Hal ini kerana di sekolah Cikgu Anis selalu mengajar
Alim dan rakan-rakannya untuk menjaga diri dan nilai-nilai murni yang lain
seperti menghormati orang tua, menunduk apabila berjalan di hadapan orang
tua, mengucapkan terima kasih dan mengucapkan selamat pagi kepada guru besar
dan cikgu lain. Oleh kerana hari ini merupakan hari lahir Alim, Alim
berkongsi kek cawan yang dibawa dari rumah kepada rakan-rakannya. Rakan-rakan
Alim mengucapkan terima kasih dan Cikgu Anis mengucapkan selamat hari lahir
kepada Alim. Alim suka Cikgu Anis kerana Cikgu Anis merupakan seorang guru
yang baik hati dan Alim mahu belajar bersungguh-sungguh serta menjadi seorang
guru seperti Cikgu Anis.
|
CERITA SOSIAL 5: JIRAN
LATAR MASA |
LATAR TEMPAT |
LATAR MASYARAKAT |
WATAK PERWATAKAN |
SINOPSIS CERITA |
1. Pada waktu petang dan malam, Alim akan membaca buku.
2.Selang beberapa minggu, Alim pun sihat |
1.Klinik: Tempat Alim mendapat rawatan kerana Alim jatuh sakit. 2.Pagar rumah: Tempat Alim menyerahkan buku cerita kepada Sulaiman.
|
1. Masyarakat yang suka berkongsi.
2.Masyarakat yang suka membaca buku.
3.Masyarakat yang penyayang.
|
1. Alim Seorang kanak-kanak yang sangat ceria, baik hati, pemurah dan penyayang.
2. Sulaiman Seorang kanak-kanak yang merupakan jiran kepada Alim serta berperwatakan
baik hati, pemurah dan suka berkongsi.
3.Ibu Seorang wanita yang sangat penyayang dan bertanggungjawab menggalas tugas
sebagai ibu serta merupakan ibu kepada Alim
4.Abang Seorang abang yang prihatin terhadap kesihatan adiknya.
5.Kakak Seorang kakak yang prihatin terhadap kesihatan adiknya.
6.Adik Seorang adik yang prihatin dan penyayang terhadap kesihatan abangnya.
|
Cerita sosial 5 mengisahkan tentang Alim merupakan
seorang kanak-kanak mengemari membaca buku. Buku tersebut diberi oleh bapa, ibu,
kakak dan abang. Buku-buku tersebut akan disusun mengikut abjad. Alim berasa
amat gembira mendapat banyak buku. Alim juga suka berkongsi buku ceritanya
kepada jirannya, Sulaiman. Alim dan Sulaiman sering berkongsi apa yang mereka
ada. Mereka tidak lokek antara satu sama lain. Pada suatu hari, Alim jatuh
sakit dan dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Abang,
kakak, adik berasa sedih apabila melihat Alim terlantar sakit. Mereka berdoa
agar Alim segera sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Alim pun
hidup seperti sedia kala kembali membaca buku dengan abang, kakak, dan
adiknya. |
Kandungan dalam Cerita Sosial
Judul |
Teks |
Tema |
Sampel/Bahan |
Jenis |
Nenek dan Datuk |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa,
Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Saya yang Istimewa |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Keluarga |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Ibu, bapa, Imran, Madinah,
Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Hati |
Cerita pendek |
Kemasyarakatan |
Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan |
Penceritaan |
Jiran |
Cerita pendek |
Kejiranan |
Ibu, Madinah, Imran, Aisyah,
Sulaiman, Alim |
Penceritaan |
Jadual di atas menunjukkan kandungan dalam cerita sosial yang Model
Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak ( Normaliza Abd Rahim, 2018
). Kandungan bermaksud teks/tulisan atau ucapan/interaksi dalam sesebuah
konteks ( pendekatan analsiis wacana , rajah 5 dalam bab 2 ).
Cerita berjudul “ Nenek dan Datuk”, “ Keluarga Saya”, “ Saya yang
Istimewa”, “ Hati” dan “Jiran” ialah cerita kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai
temanya iaitu “ Nenek dan Datuk”, “
Keluarga Saya”, “ Saya yang Istimewa” bertemakan kekeluargaan, “Hati”
bertemakan kemasyarakatan dan “Jiran” bertemakan kejiranan. Cerita sosial di
atas menunjukkan kepelbagaian tema dalam kehidupan.
Setiap cerita terdiri daripada watak-watak ahli keluarga seperti watak
ibu, bapa, datuk, nenek, abang Imran, kak Madinah, Aisyah serta Alim.
Seterusnya, watak jiran pula terdiri daripada watak Mak Cik Timah dan anaknya
Sulaiman (seorang kanak-kanak istimewa). Watak cikgu Anis dan rakan-rakan Alim
pula watak di sekolah.
Kelima-lima cerita sosial di atas memaparkan bentuk penceritaan kerana
terdapat jalan cerita (plot) bentuk penceritaan dan dialog. Tujuan dialog dalam
penceritaan adalah untuk memperkuatkan lagi jalan cerita dan setiap watak
berpeluang untuk memberikan ujaran.
Konteks dalam Cerita Sosial
Judul |
Tatabahasa |
Latar |
Emosi |
Nenek dan Datuk |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Kampung nenek dan datuk. |
Gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati |
Saya yang Istimewa |
Penggunaan kata dan ayat yng mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, puas hati, sedih |
Keluarga |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, resah |
Hati |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Sekolah, rumah, jiran |
Gembira |
Jiran |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu bapa dan jiran |
Gembira, simpati, ambil berta, sedih |
ANDAIAN
Tajuk Cerita Sosial |
Andaian |
Keluarga Saya |
- Cerita ini memerihalkan mengenai keluarga Alim, seorang
budak lelaki berumur 9 tahun. Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa, abang,
kakak dan adik Alim. Keluarga Alim memastikan bahawa Alim kenal setiap ahli
keluarga. Perkara ini jelas apabila Alim menyebut setiap ahli keluarga sambil
menunjuk dengan jarinya ke arah gambar yang terletak pada dinding rumah. Alim
sentiasa ingat nama mereka kerana nilai kasih sayang dalam keluarga Alim
telah diterapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenali dengan
nama dan wajah mereka. - Alim merupakan seorang anak yang suka menolong membuat
kerja rumah kerana diajar sejak kecil untuk mengemas permainan. Bukan sahaja
Alim, tetapi adiknya Aisyah juga diajar untuk mengemas setelah bermain
walaupun kadangkala Aisyah terlupa, tetapi dia selalu melihat Alim membuat
perkara tersebut dan mengikutinya. Alim seorang kanak-kanak istimewa tetapi
mempunyai daya ingatan lebih kuat berbanding Aisyah. - Ibu selalu memuji Alim untuk memberikan motivasi kepada
Alim dan untuk mengingatkan Alim untuk membuat perkara-perkara yang baik. - Alim bersifat selalu ingin belajar. Alim belajar
menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kakak Madinah. Kedua-dua kakak dan
abang Alim menunjukkan nilai baik hati, bertanggungjawab dan tolong menolong
kerana mereka tahu bahawa Alim seorang adik istimewa dan perlu diberikan
contoh teladan yang baik. - Kasih sayang ibu terhadap Alim terserlah kerana ibu
sentiasa menunjukkan nilai kasih sayang dalam diri Alim. Ibu selalu memujuk
Alim apabila Alim berasa keliru, resah dan kecewa. Nilai kesabaran dalam diri
ibu memberikan ruang kepada Alim untuk mencuba perkara baharu. - Alim sentiasa berusaha setiap hari walaupun kadangkala
berjaya dan juga gagal. Alim berusaha dengan pertolongan ahli keluarganya.
Walaupun Alim tidak tahu erti sabar dan rajin, dia telah menunjukkan nilai
tersebut dalam dirinya |
Nenek dan Datuk |
- Cerita ini memerihalkan mengenai Alim dan keluarganya
yang pulang ke kampung. Alim kelihatan gembira dan tidak sabar untuk bermain
dengan binatang ternakan nenek. Hal ini jelas apabila setiba di kampung, Alim
pertama sekali mencari binatang ternakan neneknya itu namun, Alim kelihatan
resah apabila tidak berjumpa dengan binatang yang dicari. - Alim tidak tentu hala emosinya. Alim sedih, marah dan
menangis kerana tidak tahu mengapa ayam dan itik tidak ada di kampung.
“ Alim buat apa di sini?” “Ayam dan itik tidak ada!” Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tidak aada di dalam reban. Alim
sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih. Alim menangis “ Alim, tengok tu,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam
dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri
di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama. “ kenapa ayam dan itik tinggal di sana?,” tanya Alim keliru. Alim
berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim
tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang
berdiri di sebelah Alim.
- Perbualan antara Alim dan nenek serta datuknya
menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan rujukan. Soalan “Alim buat apa di
sini” dan “kenapa ayam dan itik tinggal di sana” kedua-duanya jelas
menunjukkan bahawa nenek dan datuk serta Alim menginginkan kepastian - Soalan yang ditanyakan oleh nenek adalah untuk
mendapatkan kepastian tentang mengapa Alim menangis kerana mungkin mereka
beranggapan bahawa Alim sakit ataupun lapar sehingga menangis. - Alim pula masih tidak faham dan masih sedih dengan
keadaan tersebut dan beranggapan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa Alim sangat
menyayangi binatang tersebut lalu dia menangis kerana kecewa. Namun,
setelah mendapat jawapan tentang ayam dan itik, Alim gembira semula dan pergi
bermain dengan ayam dan itik dan meninggalkan datuk dan nenek yang berdiri di
sebelahnya. - Alim mempunyai kedaan dan perasaan yang tidak stabil,
iaitu dia akan keliru pada bila-bila masa sahaja. Dia tidak akan berpuas hati
jika satu-satu perubahan itu berlaku. Sebagai contohnya, Alim keliru apabila
keadaan dan susunan perabot dirumah nenek dan datuk tampak berlainan daripada
sebelumnya. Perasaan Alim menjadi sedih dan dia terus menangis. - Nenek dalam cerita ini berperwatakan lemah lembut dan penyayang.
Nenek akan cuba memujuk alim dengan bercerita secara terperinci tentang
setiap perabot dalam rumah tersebut. Sejajar dengan itu, ibu bapa Alim juga
turut membantu Alim dalam setiap keadaan. - Cerita ini jelas menujukkan kasih sayang dalam keluarga
Alim. Buktinya, walaupun emosi Alim kadangkalanya tidak menentu, mereka tetap
melayan gelagat Alim dan mereka senytiasa kelihatan gembira.
|
Saya yang Istimewa |
- Dalam cerita ini, jelas sekali dapat dilihat bahawa
bapa Alim merupakan seseorang peribadi yang sangat sayang akan anak-anaknya.
Bapa tahu akan buah-buahan kesukaan anak-anak lalu dia membeli banyak
buah-buahan tersebut di pasar tani. Peranan seorang bapa jelas menunjukkan
bahawa dia mempunyai nilai sosial bertanggungjawab dan penyayang. - Persoalan “di mana beli buah-buahan ini bapa?” oleh
abang Imran merujuk kepada buah-buahan yang dilihat olehnya. Bapa pula
memberikan jawapan yang jelas iaitu di pasar tani. Bapa menunjukkan nilai keadilan
apabila dia menyuruh Imran untuk memanggil ibu serta adik-adiknya yang lain
untuk menikmati buah-buahan itu bersama-sama. Imran juga menunjukkan nilai
ingin berkongsi. - Mereka sekeluarga menikmati buah-buahan yang dibeli oleh
bapa. Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jiranya Sulaiman. Ini
jelas sekali menunjukkan bahawa ibu pernah mengajar Alim tentang nilai
berkongsi. Alim juga jelas masih ingat tentang nasihat ibu dan bapa untuk
berkongsi apa juga makanan atau barang dengan orang lain. Nilai baik hati
terserlah dalam perbuatan Alim. - Alim seorang yang baik hati. Dia telah memberikan
buah-buahan kepada Sulaiman. Sulaiman kelihatan sangat gembira lalu
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Hal ini jelas membuktikan bahawa
Sulaiman mempunyai pekerti yang baik. Sifat Alim yang suka berkongsi dan
tidak tamak merupakan nilai sosial yang diperlukan untuk mengeratkan hubungan
antara jiran. - Alim dan adik-beradiknya mempunyai nilai
tolong-menolong. Nilai ini jelas terserlah dalam diri Alim apabila dia juga
membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Nilai yang
diterapkan oleh ibu bapa dalam keluarga ini boleh dilihat sebagai satu nilai
yang amat berharga supaya mereka menolong orang lain jika diperlukan. - Alim juga diajar untuk bertegur sapa dengan orang yang
lebih dewasa. Perbuatan ini baik dan menunjukkan sikap hormat menghormati
dengan orang yang lebih tua. Sebagai contohnya, semasa Alim membuang sampah,
dia telah bertegur sapa dengan ibu Sulaiman. Perbualan mesra antara mereka
berkemungkinan kerana mereka sudah lama kenal. - - alim menunjukkan nilai ambil berat apabila Alim
bertanya kenapa mak cik Timah sedih selepas melihat raut wajah sedih mak cik
Timah. Malah, Alim juga bertanyakan hal ini supaya dia dapat membantu mak cik
Timah tersenyum semula. |
Hati |
- Alim mempunyai hubungan dengan orang lain selain
keluarganya. Ibu dan bapa menghantarnya ke sekolah supaya dia pandai
bersosial dengan orang lain. - Cerita tentang Alim meyambut hari lahirnya di sekolah
telah memberikanya ruang untuk bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Walaupun
Alim tidak faham makna hari lahir, dia tetap berterima kasih kepada ibu
kerana menyediakan kek cawan tersebut. - Tindakan ibu menunjukkan bahawa ibu mengambil berat
akan diri Alim. Nilai tanggungjawab dalam diri ibu Alim memberikan Alim
peluang untuk mempelajari segala sesuatu dengan baik. - Cerita ini juga memerihalkan penglibatan guru yang
mengajar Alim. Guru tersebut kelihatan pakar dalam kanak-kanak istimewa
kerana dia lebih tahu cara da strategi pembelajaran yang baik. Nilai tanggungjawab
seorang guru terpapar apabila guru tersebut kelihatan sabar dan
bertanggungjawab mengajar dengan ikhlas. - Cikgu Anis juga memberikan kesedaran tentang nilai
menghormati orang tua. Beliau merupakan seorang guru yang ikhlas dan jujur
dalam memberi pengajaran yang jelas. |
Jiran |
- Cerita ini memerihalkan Alim, keluarga dan jiranya,
Sulaiman. Alim gemar berkongsi dengan Sulaiman. Misalnya, Alim berkongsi
bukunya dengan Sulaiman. Perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa Alim jelas
sekali menggambarkan nilai baik hati, ikhlas dan jujur dalam dirinya. Alim
menjelaskan kepada sulaiman tentang pengisian buku tersebut dan memberikan
buku itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim
setelah mendapat buku tersebut. - Alim tidak sihat dan jatuh sakit namun tidak tahu cara
untuk memberitahu ibu dan bapanya dan hanya berdiam diri dan tidak pernah
merungut. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam keluarga mereka. Mereka semua
sedih dengan keadaan Alim. Kemungkinan juga mereka tertanya-tanya bilakah
Alim akan sihat dan mengapakah Alim selalu sakit. - Nilai kasih sayang dalam keluarga ini membuatkan mereka
menangis setiap kali Alim jatuh sakit. - Cerita ini diakhiri dengan Alim semakin sihat. Semua
ahli keluarga gembira semula kerana Alim sudah mula membaca buku cerita. Ahli
keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga. Malah Alim kelihatan
melambai-lambai tanganya kearah Sulaiman. |
RUJUKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan