Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT,  Kuala Nerus


Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa

 

Ayah Alim banyak buah-buahan dari pasar tani pada hari ahad yang lalu. Bapa Alim membeli pelbagai jenis buah-buahan kerana Bapa mengetahui bahawa anak-anaknya, abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah sangat mengemari makan buah-buahan. Bapa Alim membeli pelbagai buah-buahan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah duku dan beberapa lagi jenis lagi buah tempatan.

Abang Imran bertanya kepada bapanya di manakah Bapa membeli buah-buahan tersebut. Bapa Alim pun menjawab bapa membeli di pasar tani. Bapa menyuruh abang Imran memanggil ahli keluarga yang lain seperti adik-adiknya dan ibunya untuk makan buah-buahan. Abang Imran lalu memanggil ibu, kak Madinah, Aisyah, dan Alim. Madinah berasa amat gembira apabila melihat betapa banyaknya buah-buahan. Aisyah pun berasa gembira lalu berlari mengambil manggis yang terdapat di dalam plastik.

Ibu menyediakan bakul sampah supaya anak-anaknya tidak membuang sembarang. Ibu berpesan letak semua sampah di dalam bakul yang telah disediakan, jangan letak merata tempat kulit buah-buahan tersebut supaya rumah tidak kotor dan bersepah selepas makan nanti. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah mengganggukan kepala masing-masing sebagai tanda faham atas arahan ibu. Secara tiba-tiba, Alim bertanya kepada ibu adakah dia boleh memberi buah-buahan sedikit kepada Sulaiman? Alim tambah lagi dengan mengatakan “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”. Ibu berasa sangat kagum dengan Alim dan mengatakan Alim merupakan anak yang baik dan ingat akan pesan ibu bapa. Ibu terus mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.

Lalu ibu terus menyerahkan plastik merah yang mengandungi buah rambutan dan buah manggis  kepada Alim supaya serahkan kepada Sulaiman. Ibu juga berkata dia ternampak Sulaiman sedang menyiram pokok bunga sebentar tadi. Alim pun cakap baiklah ibu dan mengucapkan terima kasih. Alim terus mengambil plastik merah dan berlari ke rumah Sulaiman.

Setelah Alim sampai di rumah Sulaiman, Alim terus menyerahkan plastik kepada Sulaiman. Sulaiman berasa gembira dan terus tersenyum serta mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula ke rumah dan tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu sangat baik dan Alim juga faham apabila abang Imran, kak Madinah, Aisyah juga berkongsi barang atau makanan dengannya.

Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan ayah mengemas rumah setelah selesai menikmati buah-buahan. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Lalu, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu di luar rumah.

Mak Cik Timah terus menegur Alim dan mengatakan terima kasih kerana telah memberi Sulaiman buah-buahan. Alim pun menjawab sama-sama dan mengatakan ibu berkata berkongsi itu merupakan perbuatan yang baik. Alim mengatakan lagi, ibu juga berkata Sulaiman merupakan jiran yang baik, begitu juga Mak Cik Timah, Pak Cik Yakub. Mereka perlu berbaik dengan jiran. Mak Cik Timah pun mengatakan Alim merupakan jiran yang baik. Mak Cik Timah berasa gembira kerana Alim sangat berkawan dengan Sulaiaman. Alim pun berkata Alim suka Sulaiman dan Sulaiman merupakan kawan Alim. Alim terus melambai kepada Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak cik Timah mendoakan akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.  

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...