Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 KREDIT KEPADA: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


LINK: https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24




Berdasarkan Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat banyak info yang dapat dan diterapkan dalam hidup saya. Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Penyampaian Prof amat menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya sendiri secara peribadi.  Melalui Rancangan tersebut, saya mendapat betapa pentingnya belajar bahasa isyarat. Bahasa isyarat tidak semestinya perlu dipelajari oleh orang kurang upaya sahaja, namun kita juga boleh belajar. Belajar bahasa isyarat tidak mengira umur asalkan ada minat yang mendalam terhadap pembelajaran bahasa isyarat. Belajar bahasa isyarat amat penting kerana semestinya ia memberi ilmu baru kepada kita, malah bahasa isyarat membolehkan kita guna di luar negara juga. Apabila di negara luar, kita tidak mengetahui bahasa mereka, jadi kita boleh menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa perantaraan. Bahasa isyarat juga membolehkan kita berkomunikasi dengan golongan kurang upaya supaya kita dapat bergaul dengan mereka juga serta ini secara tidak langsung juga menyebabkan mereka tidak berasa tersisih. Melalui Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat, saya juga belajar bahasa isyarat yang diajar oleh Prof seperti saya sayang kamu. Terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana membuat rancangan yang begitu menarik dan topik yang sangat bagus. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...