BBM3410-2021-MINGGU 2-WARNA-INTENET
1.
ELEMEN : Warna
TEMA : Muzik
RUJUKAN : [Digital image]. (n.d.). Diakses pada 1
April, 2021, daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.pngegg.com%2Fen%2Fpng-etpbs&psig=AOvVaw3O5gnM-a8_PeBaGR6b5b8q&ust=1617372717436000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIi0z6Sf3e8CFQAAAAAdAAAAABAP
HURAIAN : Gambar di
atas menunjukkan gambar peralatan musik seperti gitar, drum dan keyboard.
Gabungan warna yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah warna putih, hitam
dan kelabu. Kombinasi tiga warna ini amat sesuai dan tidak kelihatan serabut
kerana mampu mempamerkan mesej gambar peralatan musik yang ingin disampaikan.
Kombinasi yang terbaik bagi elemen warna adalah tidak melebihi daripada tiga
warna.
ELEMEN : Warna
TEMA : Sukan
RUJUKAN : (2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Adidas.com website: https://brand.assets.adidas.com/image/upload/f_auto,q_auto,fl_lossy/enMY/Images/originals-ss21-zx-onsites-hp-teaser-carousel-H69037_tcm203-614320.jpg
HURAIAN : Menerusi gambar di atas kita dapat melihat dengan
jelas penggunaan warna yang dapat menarik perhatian audiens. Gambar di atas
menggunakan warna yang tidak melebihi dari tiga warna. Ini merupakan penggunaan
yang bagus berdasarkan elemen asas iaitu warna. Jika menggunakan warna melebihi
dari tiga ianya akan sedikit sebanyak memberikan keserabutan terhadap perkara
yang hendak difokuskan.
ELEMEN : Warna
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/118501033934972279/
HURAIAN : Gambar di atas menerangkan tentang sebuah
ladang strawberi yang luas. Terdapat ladang yang luas berwarna hijau disertai
beberapa pokok. Terdapat juga langit yang kebiruan bersama beberapa ketulan
awan. Terdapat 3 bekas penuh dengan strawberi yang berwarna merah. Gambar ini
jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan
kepada ladang, awan dan strawberi.
ELEMEN : Warna
TEMA : Kecantikan
RUJUKAN : Kuusniemi, E.-K. (2021). Agent Pekka.
Retrieved from https://agentpekka.com/artist/eili-kaija-kuusniemi/\
HURAIAN : Gambar di
atas menampakkan sebuah kombinasi warna yang sesuai. Grafik di atas juga
menepati peraturan elemen warna, di mana ia mengandungi tidak lebih daripada 3
warna. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang
ingin disampaikan iaitu tekstur produk kecantikan yang berjenama Kiehl’s
adalah seperti air atau menyegarkan.
ELEMEN :Warna
TEMA : Minuman
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/PzDY3zFYzj8RTymz9
HURAIAN : Berdasarkan gambar di atas, terdapat iklan minuman
yang dihasilkan oleh penyunting untuk dipromosi kepada pengguna. Kombinasi
warna yang digunakan ialah biru, putih dan merah. Warna ini sangat sesuai dan
tidak terlalu padat tanpa mengelirukan pengguna. Warna yang terdapat dalam
iklan tersebut mempunyai mesej yang bertujuan untuk menarik minat pengguna
supaya membeli.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Automobil/ Pengangkutan
RUJUKAN : (2021), Diakses
pada April 2, 2021, daripada autoevolution website: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.autoevolution.com%2Fnews%2Fjust-how-expensive-is-the-2020-jeep-gladiator-compared-to-other-mid-size-trucks-133426.html&psig=AOvVaw224wK-WWgAxeG7ROmETJ7q&ust=1617468352266000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJCBjLCB4O8CFQAAAAAdAAAAABAV
HURAIAN : Gambar
tersebut menunjukkan sebuah kereta jeep berwarna merah sedang parkir di kawasan
pergunungan. Gambar tersebut mengandungi elemen warna. Hal ini demikian kerana,
terdapat tiga warna utama yang cuba ditonjolkan. Warna tersebut ialah warna
merah iaitu warna yang terdapat pada badan kenderaan tersebut, warna keperangan
pada bahagian rumput dan bukit yang menunjukkan ketibaan musim luruh atau
sejuk. Akhir sekali, warna kebiru-biruan yang terdapat pada langit di bahagian
belakang gambar.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Bunga
RUJUKAN : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=bunga+&tbm=isch&ved=2ahUKEwi7j9u14d_vAhW-23MBHWobC2oQ2-cCegQIABAA&oq=bunga+&gs_lcp=CgNpbWcQAzIECCMQJzIECCMQJzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDUIKRAViCkQFgv5MBaABwAHgAgAF_iAF_kgEDMC4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=0yhnYPvZJL63z7sP6ras0AY#imgrc=ZnpNkgMEC2IijM
HURAIAN : Menerusi
gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas penggunaan warna yang
difokuskan iaitu warna kuning bunga matahari. Gambar di atas juga menunjukkan
warna lain iaitu warna hijau untuk dedaun dan warna biru untuk langit. Tetapi
yang difokuskan adalah warna kuning, dan gambar ini menunjukkan penggunaan
tidak melebihi tiga warna dan memberi kefokusan kepada warna kuning.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Minuman
HURAIAN : Menerusi
gambar di atas, kita dapat melihat iklan Coca-Cola. Dalam gambar tersebut kita
dapat melihat dua tin perasa Coca-Cola. Kita juga dapat melihat iklan tersebut
dengan teks.Gambar ini jelas membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan
kepada tiga warna utama iaitu merah, hitam dan putih.
ELEMEN : Warna
TEMA : Keluarga
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses
pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/75013150030722835/
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga
yang berkelah di bawah pokok hijau yang rendang. Warna latar belakang yang
berwarna hijau terang mencantikkan lagi latar tempat dan ini dapat memfokuskan
kepada keluarga tersebut. Pakaian yang berwarna cerah yang dipakai oleh
keluarga tersebut juga sangat bersesuaian. Warna hijau juga sangat sesuai untuk
situasi sekeliling di dalam gambar di atas. Kombinasi warna yang terdapat dalam
gambar di atas juga sangat sesuai dan tidak melebih-lebih.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN : (2020). Instagram: Arts of Visuals.
Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/B_XNll8nXDU/?igshid=1wzb13q2lrmzv
HURAIAN : Gambar pemandangan tersebut menunjukkan
kombinasi antara tiga warna iaitu warna hijau, biru dan koko. Gambar tersebut
menggambarkan dua buah rumah berwarna koko dan disertai dengan rumput yang
berwarna hijau serta awan berwarna biru di belakang. Gambar ini menarik kerana
mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada rumah, rumput dan
awan. Hal ini dikatakan demikian kerana grafik yang sempurna mempunyai tiga
warna agar mesej yang disampaikan adalah jelas.
ELEMEN : Warna
TEMA : Alam
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar bunga daisy yang bewarna putih dan kuning yang dikelilingi dengan daun bewarna hijau. Kombinasi warna putih, kuning dan hijau dalam gambar ini kelihatan sangat cantik dan menenangkan. Gambar ini juga menunjukkan kecantikan bunga daisy yang ditangkap pada hari yang mendung. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan pada bunga daisy tersebut.
ELEMEN : Warna
TEMA : Kegembiraan
RUJUKAN : Gambar
sendiri
HURAIAN : Juru
gambar menggunakan teknik asas yang baik ketika mengambil gambar. Elemen yang
digunakan adalah elemen warna bagi memfokuskan gambar individu tersebut. Dengan
latar belakang awan yang kebiruan muda dapat menaikkan seri individu tersebut.
Tambahan pula dengan pemakaian baju berwarna merah menaikkan lagi serlah
individu itu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian audiens
untuk melihat gambar yang diambil.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Minuman
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas merupakan gambar dua cawan
minuman yang diletakkan di atas meja kayu. Cawan dan piring minuman yang
digunakan adalah berwarna hijau emerald. Terdapat juga pokok kecil berwarna
hijau cair yang diletakkan sebagai hiasan diatas meja bersebelahan dengan
minuman tersebut. Minuman dan pokok kecil itu diletakkan diatas meja kayu
berwarna coklat. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama
yang menyerlah dan memfokuskan kepada minuman didalam cawan, piring, pokok
kecil dan meja kayu.
ELEMEN : Warna
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar yang diambil di sebuah tempat peranginan di Sabah. Terdapat lebih daripada tiga kombinasi warna dalam grafik tersebut, walau bagaimanapun sesuai dengan keadaannya. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penyunting iaitu pemandangan flora dan fauna.
ELEMEN : Warna
TEMA : Alam
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau di dinding dengan pantulan cahaya matahari. Cahaya matahari
dapat membantu meningkatkan kecerahan sesuatu gambaran. Kertas yang ditampal di
dinding dapat mengisi ruang yang kosong. Kombinasi warna hijau, putih dan
coklat sangat sesuai dan menarik.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Kegembiraan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar
tersebut menunjukkan seorang gadis sedang melalui sebuah rumah yang dimiliki
oleh keluarga berbangsa cina di Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Gambar tersebut
menonjolkan elemennya yang utama iaitu elemen warna. Hal ini demikian kerana
terdapat tiga warna utama dalam gambar itu. Antara warnanya ialah biru yang
menunjukkan bingkai tingkap, pintu, topi dan juga baju gadis itu, warna putih
pula memperlihatkan warna dinding, jejari tingkap dan juga kasut. Manakala
terdapat juga warna hitam yang terselit pada tudung dan seluar gadis tersebut.
7.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Juru gambar
menggunakan teknik gambar atas sebagai teknik baik untuk mengambil gambar kek
tersebut. Elemen yang dikategorikan sebagai elemen warna dapat difokuskan dalam
gambar ini. Hal ini kerana dengan berlatarkan warna putih dan objek lain hanya
mambawa tiga warna dapat menarik perhatian ramai. Warna merah jambu untuk kek,
hitam untuk pinggan dan hijau untuk pokok hiasan. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat menarik fokus ramai dengan pemilihan warna yang sesuai.
ELEMEN : Warna
TEMA : Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan makanan Waffle
yang disaluti cheese. Bagi peminat cheese dan waffle, mereka boleh menikmati
gabungan antara Waffle dan cheese pada masa yang sama. Rasanya juga tidak
sangat pelik walaupun tidak pernah mencuba gabungan tersebut. Gambar ini akan
membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada warna hitam, krim dan
warna hijau.
ELEMEN : Warna
TEMA : Haiwan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar seekor kucing yang berwarna oren cerah atau
lembut yang berlatar belakangkan langit dan awan putih. Warna kucing yang
berwarna oren sangat menonjol dan ini sangat jelas bahawa gambar tersebut ingin
memfokuskan kepada kucing tersebut. Kombinasi warna dalam gambar tersebut
sangat cantik iaitu gabungan warna oren, putih, biru dan sedikit warna hijau.
Gambar di atas juga tidak Nampak serabut kerana pemilihan warnanya yang cerah.
ELEMEN : Warna
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar pemandangan tersebut menunjukkan
kombinasi warna hijau, biru dan putih. Warna-warna tersebut telah menghasilkan
suatu kombinasi warna yang menarik dan harmoni. Warna-warna tersebut adalah
sinonim bagi alam semula jadi. Pulau yang terletak di tengah-tengah lautan yang
membiru jelas menampakkan kemegahannya. Awan-awan putih yang menghiasi langit
menambahkan lagi keindahan pemandangan tersebut.
Ketua : Vivian 202967
Penolong : Adreana 204113
Editor : Hapizah 203936
Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 : Anis 203012
Penolong Editor 3 : Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
AJK Semakan : Hidayah 203937
Tiada ulasan:
Catat Ulasan