Pendekatan
Analisis Wacana
( Normaliza
Abd Rahim,2018)
Pra-andaian |
1.
Intuisi 2.
Konteks -
Penerimaan/ penafian -
Keperluan -
Perujukan -
Anafora -
Pengulangan -
Kekaburan -
Penegasan
|
Emosi |
1.
Positif 2.
Negatif 3.
Emosi bercampur -
Perangai -
Personaliti -
Mood -
Motivasi
|
Nilai dan budaya |
1.
Diri 2.
Masyarakat 3.
Adat - Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan - Berdikari, hemah tinggi, keberanian. Kebersihan fizikal
dan mental, kesantunan - Hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat -
Keadilan, kebebasan, rasional |
Bahasa |
1.
Bahasa pertama/ kedua/ ketiga 2.
Formal/ tidak formal 3.
Kesalahan bahasa 4.
Linguistik
|
Inferens |
1.
Rumusan keseluruhan 2.
Rumusan topik perbincangan 3.
Penutup kata |
Rujukan : Normaliza Abd Rahim
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit
UMT, Kuala Nerus.
Huraian:
Pra-andaian merupakan sesuatu perkara terjadi sebelum sesuatu tindakan berlaku. Dalam pra-andaian terbahagi kepada dua iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merupakan naluri atau firasat untuk melakukan sesuatu tanpa melibatkan sebarang intelektual dalam diri sendiri. Konteks pula dibahagikan kepada penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
Emosi pula merupakan perasaan yang berlaku pada diri sendiri akibat rangsangan dari dalam atau luar. Emosi terbahagi kepada tiga iaitu emosi positif seperti gembira, emosi negatif seperti sedih, dan emosi bercampur. Emosi dapat dilihat melalui dari segi perangai, personaliti, mood dan motivasi.
Nilai dan budaya dilihat dari tiga sudut iaitu dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.
Dari
segi bahasa, bahasa dianalisis melalui bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa
ketiga. Bahasa juga dianalisis melalui bahasa tersebut formal atau tidak
formal. Tidak dilupakan juga kesalahan bahasa dan linguistik juga dianalisis.
Rumusan
keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata dianalisis dalam aspek
inferens. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam
aspek inferens.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan