Hi semua, selamat kembali kepada blog saya. Harap semua sihat-sihat sahaja ya.
Pada hari ni saya ingin menceritakan asas fotografi Flatlay. Okay, Flatlay terbahagi kepada empat iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay, dan Zero Flatlay. Baiklah, mari saya jelaskan lebih terperinci sedikit tentang Flatlay. Sebelum ini, kita ambil-ambil sahaja gambar kan. hahaha. Tidak mengapa, mari kita dapat ilmu tentang asas fotografi. Flatlay adalah kamera yang berkedudukan 90 darjah dari item, iaitu gambar yang diambil dari atas. Half Flatlay pula gambar yang kamera yang berkedudukan 45 darjah dari item. Quarter Flatlay pula kameranya berkedudukan 22.5 darjah dari item. Zero Flatlay pula,... mari teka berapa darjah pula? Hahahah. Okay, nama pun Zero Flatlay kan, jadi Zero Flatlay berkedudukan 0 darjah atau kamera berada di lantai atau meja.
Berikut merupakan video yang dibuat saya hasilkan menggunakan teknik Flatlay ya. Selamat menonton, harap dapat memberi gambaran kepada semua apakah itu Flatlay.
LINK: https://youtu.be/PXRZO_SEOiw
Tadaaaa. Dah habis menonton ya. Video yang dihasilkan mempunyai 40 gambar iaitu 10 gambar Flatlay, 10 gambar Half Flatlay, 10 Quarter Flatlay, dan 10 gambar Zero Flatlay. Gambar tersebut dalam setiap elemen 5 gambar makanan, 5 gambar barang. Harap semua sudah tahu apa itu Flatlay ya. Terima kasih menonton rakan-rakan sekalian.
BUKTI KEHADIRAN